Monday 19 November 2012

KATA PENGANTAR

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberikan penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran muzikal secara amali melalui aktiviti muzik vokal dan instrumental. Melalui program ini juga, murid akan mendapat pendedahan tentang seni muzik secara lebih sistematik.Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berfokus pada bentuk amali agar aktiviti yang dijalankan menarik dan berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya Huraian Sukatan Pelajaran ini, guru-guru akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan. Dalam usaha memperkembang potensi murid melalui aktiviti pemikiran, penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan muzik. Guru-guru hendaklah menghayati aspirasi dokumen ini dan memperkembang lagi cadangan-cadangan aktiviti yang disedia dengan idea-idea yang kreatif. Kepada semua pihak yang telah member ikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.


(Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin)
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendididkan Malaysia.





 PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah adalah untuk semua murid di sekolah rendah. Program pembelajaran yang disediakan direka bentuk untuk memberi peluang murid menikmati unsur estetik dalam muzik dan pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang elementary. Di samping itu murid juga mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik dar jah, maka disediakan Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) sebagai dokumen sokongan kepada Sukatan Pelajaran (SP) KBSR. Dokumen ini menggariskan skop pembelajaran tahun demi tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ia mendetilkan aras pencapaian bagi item pembelajaran yang dikenal pasti, disertai dengan contoh aktiviti dan catatan am. Di samping itu dokumen ini menggariskan peranan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Pada bahagian akhir dokumen ini dilampirkan satu pemetaan yang memaparkan taburan isi pelajaran untuk enam tahun program pembelajaran.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ini disusun mengikut aspek
seperti betikut:
  •  Persepsi Estetik
  •  Penglaman muzikal
  •  Ekspresi Kreatif, dan
  • Penghargaan Estetik.
Kandungan setiap aspek tersebut dibentangkan dalam lajur-lajur utama iaitu lajur “ ITEM”, lajur “HASIL PEMBELAJARAN” (HP), dan lajur “CADANGAN AKTIV ITI / CATATAN”.

(a) Lajur ITEM
     Lajur ini menyenaraikan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu dikuasai murid.

(b) Lajur HP
     Pada asasnya pernyataan HP mengandungi butiran berikut:
  •  Perlakuan;
  •  Faktor;
  •  Kualiti / standard; dan
  •  Situasi / syarat.
Contoh: Menulis not muzik dengan jelas pada baluk.


Bagi setiap item disediakan HP yang harus dicapai murid. Dalam pada itu, terdapat item yang dilengkapkan dengan dua atau tiga aras pencapaian. Majoriti item disediakan dengan tiga aras
pencapaian. Walau bagaimanapun, bagi item yang merupakan konsep asas atau kemahiran muzik yang fundamental kepada amalan yang berterusan dalam bidang muzik, hanya aras umum
 pencapaiannya adalah pada tahap maksimum untuk sesuatu peringkat pembelajaran, maka hanya satu aras disediakan.

(b) Lajur CATATAN
Lajur ini mengandungi maklumat dan panduan am yang merangkumi contoh aktiviti dan peringatan am. Keempat-empat aspek dalam program pembelajaran Pendidikan Muzik KBSR hendaklah dilihat secara menyeluruh sebagai perkara-perkara yang saling berkaitan. Susunan aspek dan item dalam dokumen ini hanyalah bagi kemudahan merujuk dan mengesan item dan bukanlah sebagai satu sekuen yang mesti dipatuhi. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada mana-mana aspek atau unit item yang difikirkan sesuai oleh guru dengan mengambil kira konteks, latar belakang murid, kesediaan dan aptitud mereka



MATLAMAT
 
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimun dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai  dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

OBJEKTIF 

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:

1. Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik.
2. Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.
3. Membaca dan menulis notasi muzik.
4. Mengetahui dan memahami teknik menyanyi.
5. Memperkembang kemahiran menyanyi dengan mengamalkan teknik yang betul.
6. Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.
7. Memperkembang kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul.
8. Memperkembang ekspresi diri dan daya kreatif.
9. Memperkembang daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik.
10. Menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya.
11. Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikapdan ingin mencuba

1 comment:

  1. tahniah semoga dapat memenuhi impian anak-anak murid yang amat suka subjek muzik....

    ReplyDelete

Angklung's Orchestra Live In