KONSEP MUZIK


 
KONSEP MUZIK

 MELODI

Susunan pic secara melintang.
  • Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana
  • Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jeda
  • Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skel
  • Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu
  • Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu
  • Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens
  • Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu – nada
 Contoh:

1. Pic rendah, tengah dan tinggi



 2.Pergerakan pic bertangga




 3. Pergerakan pic melompat



IRAMA 
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik.
  • Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detik
  • Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek – not dan tanda rehat
  • Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter
  • Beat-beat mempunyai tekanan – accents
  • Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak

CONTOH BERGAMBAR

1. Tekanan
    Maksud: Detik tertentu yang dikuatkan dalam sesuatu corak irama yang menggunakan simbol  >



 2. Corak irama
     - Terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan nilai masa yang berlainan 
     bagi menjadikan satu corak yang nyata. Meter dugunakan sebagai panduan yang menunjukkan    
     nilai setiap bar.


BENTUK

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton – motif.
  • Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik - frasa
  • Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar – seksyen,koras,rangkap
  • Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan
  • Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan – intro,koda

Konsep AB



HARMONI

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak
  1. dua pic boleh dibunyikan serentak – jeda
  2. gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak – triad,kord
  3. dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak – round,polifoni,deskan,kaunter melodi
  4. iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni – kord iringan,homofoni

Contoh skor

1. Dron
    -  Satu not yang dinyanyikan secara berulang-ulang dari mula sehingga akhir lagu.
    - Dinyanyikan pada tekanan pertama dalam setiap bar.


2. Bordun
    - Dua not yang dimainkan secara serentak dan berulang-ulang dari mula sehingga akhr lagu. 



3. Ostinato
    - Satu irama yang dimainkan secara serentak dan berulang-ulang dari mula sehingga akhir 
      lagu.



WARNA TON

  1. bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri – alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi
  2. sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri – garau,kasar,pipih,nyaring
  3. hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan – soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali) dan idiofon



EKSPRESI

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik
1.      sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut
2.      satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur – crescendo,diminuendo
3.      sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur – sustain,legato.staccato
4.      sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan
5.      sesebuah lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri – mud (riang,sedih,cergas)



TEKSTUR/JALINAN

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar
1.      sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak – solo,duet,trio.quartet,okestra
2.      ia ditentukan oleh pembentukan harmoni – monofoni,homofoni,polifoni



10 comments:

  1. Tahniah blog p & p yang bersesuaian. Pendidikan muzik dapat diajar kepada murid dengan penerangan yang dinyatakan. Mohon kongsi ilmu yang dengan murid-murid saya.

    ReplyDelete
  2. Bahan yang berinformasi.... Tahniah cikgu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk sokongan cikgu-cikgu,

    ReplyDelete
  4. Blog yang sangat berfaedah dan bermakna

    ReplyDelete
  5. Tahniah cikgu! Blog yang menarik dan dapat membantu rakan2 yang mengajar muzik.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana blog Cikgu William banyak membantu saya yang bukan opsyen tetapi mengajar Pendidikan Muzik.

    ReplyDelete
  7. Sebagai ahli korporat saya tidak tahu langsung tentang Pendidikan Muzik ini sehinggalah saya temui blog Cik Gu William. Anak saya merasa seronok berinteraksi dgn saya tentang muzik kerana saya memahami apa yg. dicakapkannya.Kadang-kadang dia merasa hairan mcm mana saya mengetahui lebih daripadanya.. (Mother knows all?)Terima kasih sekali lagi Cik Gu.

    ReplyDelete

Angklung's Orchestra Live In